5 Buah = Masker

buah-buahan yang kita makan setiap hari boleh juga dijadikan sebagai masker untuk kulit wajah anda..kita x perlu nak perabiskan duit beli product kecantikan yang mahal-mahal ataupun ke spa..

di sini aku menyenarai putihkan beberapa jenis buah yang mampu untuk kita beli untuk dijadikan sebagai masker



STRAWBERI

khasiat :
buah yang berwarna MERAH ini sanagt kaya dengan vitamin B, C, K dan E. ia bukan sahaja dapat menyehatkan dan meremajakan kulit, bahkan sesuai digunakkan pada semua jenis kulit

cara pembuatannya :
* hancurkan beberapa biji strawberi
* then just sapukan kat muka anda
* biarkan selama 15 minit
* bilas muka dengan air suam




AVOCADO

khasiat :
benda hijau ini sangat kaya dengan ASID AMINO dan vitamin, avocado ini akan membantu melambatkan penuaan pada kulit terutamanya kulit yang kering

cara pembuatannya :
* hancurkan avocado dengan garfu
* sapukan pada wajah anda yang cantik itu
* biarkan selama 10 minit
* bilas dengan air suam



LEMON

khasiat :
sangat kaya dengan vitamin A, C, B1, B2, dan B3. sangat bagus untuk kulit yang berminyak seperti aku dan boleh digunakkan setiap hari

cara pembuatannya :
* tambahkan 1 sudu teh jus lemon pada putih telur (kacau)
* sapukan rata pada wajah anda
* biarkan selama 10 minit
* bilas dengan air suam




PISANG

khasiat :
buah kegemaran aku ini sangat kaya dengan SEROTONIN, vitamin A, B kompleks, C dan banyak lagi. ia boleh digunakan sebagai pelembap wajah

cara pembuatannya :
* hancurkan beberapa biji pisang
* tambahkan minyak zaitun
* sapukan ramuan pada wajah dan di biarkan seketika
* bilas dengan air suam





TOMATO

khasiat :
seperti yang kita tahu tomato mempunyai banyak zat yang boleh menghaluskan kulit muka kita seperti PROTEIN, ZAT BESI, SULFUR, vitamin A, B1, dan C

cara pembuatannya :
* hiriskan tomato
* gosokkan pada wajah anda
* biarkan smp ia kering then bilas






MS.BANANA : aku pun kadang2 tau buat masker nie..aku amik kulit pisang then aku tenyeh kat muka aku..bia smp kering then bilas muka aku..then kadang-kadang aku letak muka aku kat wap nasi yang baru pas masak..sedap!! =)





-selamat mecoba-



2 love bananas! nyuumyy:

Ainee Cumi said...Best Blogger Tips[Baling Pisang Balik!]Best Blogger Templates

ak suka gila weii entry ko yang ini..
selama ni aku baca buku memang dia cakap pasal buat masker sendiri tapi rumit nak mampos kena tambah ini larr kena tambah itu r ni senang je tak payah tambah per2 kalau ada pon satu bahan je..

i loike!ni yang nak try ni!boleh menjadi ke wei?

Ainna Jalil said...Best Blogger Tips[Baling Pisang Balik!]Best Blogger Templates

ainee : sgt menjadi weh!!
aku da try da..
even aku pernah buat kat muka adik aku yang bongsu..
pakai lime..gila pedih dia cakap sebab muka dia ada anyak jerawat..
hahahaha

sila la cuba =)