Menghilangkan Bekas Jerawat




Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.





Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.





Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.





Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.





Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.





Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.





Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam










MS.BANANA : ini adalah petua yang diturunkan oleh nenek aku kepada aku..


kalau korg nak tau..aku nie ada banyak petua tahu x..bhahaha..neway..SELAMAT MENCUBA =)




2 love bananas! nyuumyy:

NIMI said...Best Blogger Tips[Baling Pisang Balik!]Best Blogger Templates

suka betol aku ngan petua petua kau..bagus!bagus!boleh buat rujukan..banyakkan lagi petua tau kawanku

Ms.Banana said...Best Blogger Tips[Baling Pisang Balik!]Best Blogger Templates

harus la..
aku kan menurut bakat mak aku..
kah3..
x jadi bukak spa pun xpe la..
asalkan banyak petua di dada..
cwewahh